Thursday, June 18, 2009

Syukur Tuhanku.....

Semalam,17hb Jun kukira satu tarikh yang takkan kulupakan selagi hayat dikandung badan. Pagi,ketika akan bertolak ke sekolah,aku sebenarnya sudah tidak berapa sihat. Ingat nak ambil mc tapi mengenangkan sekolah baru saja dibuka,kubatalkan niatku itu. Sebenarnya,tika usia ku masuk ke era 40,penyakit senggugut yang kuderitai sejak anak dara datang semula. Jadi faham-faham sajalah,hari pertama dan kedua merupakan saat kritikal buatku. Kadang-kadang

terpaksa juga aku ambil mc apabila sudah tidak tertanggung lagi. Di sekolah,kucuba mengajar setakat yang mampu.Sebaik sahaja habis mengajar jam 9.15,aku segera masuk ke bilikku dan baring di sofa. Tidak berapa lama kemudian,dua orang kawan datang beserta guru besar. Setelah berbual beberapa ketika,mereka bertiga beredar. Aku tiba-tiba rasa lapar,patutlah jam hampir 10 pagi. Sebaik sahaja aku bangun dari sofa tiba-tiba....slurrrpp...ya Allah habis kain dan baju aku...Aku menelefon guru besar dan terpaksa minta pulang untuk bertukar pakaian.Guru besar aku memang baik hati,beliau membenarkan aku pulang. Di rumah sebenarnya anak dara aku Syakila dah masuk 2 hari tidak ke sekolah kerana demam.Dia dalam tingkatan empat.Sebaik sahaja keluar dari kereta,aku hairan melihat sepasang kasut lelaki,yang agak besar,berwarna hitam.Aku tambah terkejut apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci. Syakila terkebil-kebil apabila melihat aku sampai.Rupa-rupanya dia sambung tidur di ruang tamu."Siapa yang datang umah kita,ayah Teh ke ?"Aku bertanya. Syakila kata tiada siapa-siapa.Aku membelek-belek kasut berjenama Road Master itu sambil mengacunya."Pelik tul Kila.Ini bukan kasut ayah ni,besar ni,kasut sape ya..",sambil aku mengangkat kasut itu dan meletakkannya di atas anak tangga.Kami berdua ke dapur.Aku berleter kerana Sykila terlupamengunci pintu setelah membukanya ketika ke ruang tamu.Aku menelefon suami tapi tidak berjawab.Aku menghantar mesej dan bertanyakan kasut tersebut.Suamiku segera menelefonku semula. Sambil berbual aku ke ruang tamu dan membuka pintu sambil menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati sepasang kasut itu telah tiada.Suamiku yang akan ke Kerteh bersama RMnya berjanji akan singgah sekejap. Aku bagai nak gila....bermaknaketika aku sampai tadi dia masih berada di dalam rumah kami....aku memeriksa setiap bilik. Tiada apa yang berusik atau hilang.Suamiku sampai.Sebelum itu aku memanggil jiran kami,abang Din dan Kak Yah. Kedua-duanya tidak perasan sesiapapun yang hadir di kawasan perumahan kami. Perumahan kami agak unik.Kami hanya terdiri daripada 10 buah rumah sahaja yang berkembar dua dan disusun berbentuk ladam. Jadi ,apa-apa aktiviti yang berlaku kami mudah tahu.Oh Tuhan....kukira,semasa aku sampai dia baru saja masuk.Apabila menyedari aku bising-bising dia melompat keluar dari tingkap di dapur.Ketika aku dan Syakila ke dapur dia berpusing ke depan dan segara mengambil kasutnya semula...oh Tuhan..oh Tuhan..kalau aku tak balik ????Kalau dia acukan pisau ke leher Syakila dan seterusnya me......Syakila,ya Allah aku hampir pitam apabila memikirkannya.Ketika membayangkan kemungkinanitu kepada suamiku,akumenangis. Syakila kelihatan sedikit bingung dan termangu-mangu....Kata guru besarku,kasut itu biasanya dipakai oleh orang yang buat kerja-kerja kasar seperti buruh kontrak. Kebetulan ketika itu kawasan Bukit Losong memang ramai yang bekerja memesin rumput....entahlah...walau apapun,aku amat bersyukur..Allah mendorong aku pulang ke rumah tepat pada masanya.Hari ini aku demam.Berat rasa kepala. Aku cuba juga tuliskan ini ....untukmu seri,inilah kisah yang kak Zie kira suatu kebetulan yang amat bermakna daripada Iilahi...syukur padamu ya Allah.Harta hilang boleh diganti tetapi jika Syakila diapa-apakan kukira akulah ibu yang paling malang di dunia ini.....Alhamdulillah.

8 comments:

  1. salam kak zie..bahaya sungguh kalau tak kunci pintu rumah..sekarang ni mcm2 hal boleh terjadi, mujurlah kak zie balik kan..ngeri jugak kalau memikirkan kemungkinan itu..tapi Allah maha Melindungi.

    ReplyDelete
  2. salam intan...itulah anak2,selalu pndang remeh..bila mak ingatkan kata mak suka berleter.anyway,kak zie syukur sngat2....itulah satu2nya ank pompuan yang ada....

    ReplyDelete
  3. salam kak zie...

    mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku..rumah saya pun pernah dimasuki orang..tapi nasib baik tak ada apa2 yang hilang dan kami semua selamat...sekarang ni memang kena lebih berhati2....mujur akak pulang cepat.....

    ReplyDelete
  4. itulah namanya nasib baik...memang kak zie syukur sangat dhiya....

    ReplyDelete
  5. salam kakzie.. baru berkesempatan jengah.. ya Allah rasa ngeri sungguh baca entry akak nih.. mujur masih dilindungi Allah.. semoga terus dalam lindungan Allah.

    ReplyDelete
  6. Nik...
    Itu agaknya bp kak zie naik tu walhal doktor dah iktiraf dah ok x pyh mkn ubatlagi....demam serta merta..hari ni pun mamai lagi,tapi dah ke sekolah tadi,nasib xbnyak ngajar coz akak guru bimbingan..ada bilik sendiri jadi dapatlah nap lepas mkn ubat.

    ReplyDelete
  7. uish!!!syukur x jd ap2..jngn cuai sngt,sy pn brulangkali dok pesan kt anak2 kunci umh..klu perlu mngga skali...mlng x bbau...
    semoga akak skluarga dlindungi ALLAH sntiasa...

    ReplyDelete
  8. Reen...
    Itulah yg kak zie bebel kak ank2..la ni ayh dia pun dah pandai bebel cumaintonasi ayah tu kerasss gitu...mak ni penuh keibuan...terima kasih ats doamu dik..

    ReplyDelete