Wednesday, June 10, 2009

Kematian

Hati saya amat tersentuh tika membaca akhbar semalam apabila seorang anak yang berusia 3 tahun mati kerana tergilis kereta ibunya. Bukan sekali dua kisah seperti ini terjadi...dapat saya bayangkan perasaan ibu itu apabila anak yang dikandung,dilahirkan dan dibesarkan akhirnya mati di tangannya sendiri. Gerangan apakah ujian itu ya Allah...?
Saya sendiri tika berhadapan dengan kematian arwah Shakira pada hampir 16 tahun yang lalu hingga kini kadangkala masih terasa ngilunya.....malam terakhir...saya dan hubby bergilir-gilir menjaga Shakira. Sehari sebelum itu sebenarnya semua yang ada dalam perutnya sudah habis keluar. Badannya amat panas dan sehingga kini masih terasa bahang kepanansannya.Malam terakhir itu mata saya amat mengantuk.Walhal sebelum ini saya boleh berjaga hingga ke pagi.Hubby beberapa kali mengejutkan saya.Katanya keadaan anak kami pelik dan ada tanda-tanda akan pergi. Saya menidakkan. Pagi...sebelum pergi mengajar saya mencium pipinya.Pagi itu Shakira merenung dan menatap wajah saya dengan pandangan yang sungguh dalam.Sebelum ini tidak pernah.Saya berpesan menyuruhnya menunggu kepulangan saya tengah hari nanti.
Di sekolah,masa pertama saya ada kelas Sejarah ting,2. Saya tidak ada mood untuk mengajar. Buat pertama kali saya bercerita kepada murid-murid."Hari ini cikgu amat sedih. Anakcikgu di rumah sedang sakit tenat.Maaf..cikgu tak dapat mengajar hari ini..". Saya berkisah tentang anak saya dari A sampai Z. MUrid-murid perempuan menangis tersedu-sedu manakalamurid lelaki tunduk hiba. Yang peliknya saya hanya sebak tidak menangis. Selepas itu saya ke kantin untuk sarapan. Belum sempat menjamah sarapan...kerani sekolah berlari-lari memberitahu ibu saya menelefon dari rumah.
Kawan-kawan menghantar saya pulang. Tika itu keluarga ayah menetap di Seberang Takir. Jalan ke airport masih dalampembinaan. Aduhhh..lambat sungguh rasanya kereta bergerak. Kawan-kawan menenangkan saya. Hati saya berdebar-debar tapi saya masih tenang.Sebaik tiba di muka pintu saya melihat jiran kami sedang menutupi jenazah Shakira. Tanpa sedar,,sedangkan saya sedang mengandungkan Syakila 8 bulan..saya berlari mendapatkannya. Saya memeluknya yang telah kaku dan menangis sesungguh hati.Hubby memeluk saya dari belakang dan memujuk saya. Itulahkali pertama dalam usia perkahwinan kami saya melihat suami saya menangis tersedu-sedu.
Suami saya sempat memangku Shakira ketika nazak. Katanya"kalau Ira nak pergi pergilah...tak payah tunggu ibu...ayah dah puas hati melihat ibu jaga Ira...pergilah sayang ayah akan sampaikan salam pada ibu". Selepas itu perlahan-lahan Shakira menutup mata dan menarik nafas terakhir. Patutlah tika sampai badannya masih panas dan kelopak matanya sedikit terbuka. Agaknya dia penat menunggu saya sampai. Bertahun-tahun saya menjaganya tetapi saya tak dapat menatap renungan terakhirnya.
Sedangkan saya yang telah menjangka dia akan pergi mengambil masa dua tahun untuk menerima kenyataan.Setiap dinihari saya akan terjaga dan menangis. Bayangkanlah seorang ibu yang secara tidak sengaja menyebabkan kematian anak sendiri.......tentulah menjadi igauan sepanjang hayat.Pada hari kematiannya ramai sungguh yang datang menziarah...seakan-akan ada majlis kenduri kawin. Saya bersyukur....ramai yang sedekahkan alfatihah dan doa buat permata hati saya. Semoga Kiera damai di sana dalam syurga al Jannah.Ibu tetap menyayangimu anakku....amin.

17 comments:

  1. Kak Zie buat Eka menangis membaca entry ini. Teringat diri sendiri yag bergelar ibu juga mak di kampung. Semoga kak zie semakin tabah menempuh hari-hari mendatang.Amin.

    ReplyDelete
  2. Eka adikku...segala apa yang kak Zie lalui x pernah kak Zie persoalkan kpd IIahi...kematian Shakira kesedihan yg pertama dan kesedihan yg kedua(tentu Eka faham)juga meninggalkan duka yg amat dalam...tapi pengalaman buatkan kak Zie tabah dik..syukur9 kpd Allah..kak Zie masih kuat. Aminn...

    ReplyDelete
  3. Salam kak zie..
    mengalir air mata nik baca entry kakzie..benar2 menyentuh hati..
    semoga, kiera menjadi 'saham' untuk kak zie, suami isteri di sana nanti..!

    ReplyDelete
  4. Salam kembali nik....
    sesiapa yg pernah kehilangan pasti akan tahu dukanya...Allah sudah menjanjikan takdir setiap kita...

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah memberi lebih kekuatan dan ketabahan kepada Zie. Amin.

    ReplyDelete
  6. Salam kak Zara...itulah yang selalu zie harapkan ..namun kadangkala diri ini tewas jua dengan airmata...tapi setiap kelukaan akan sembuh..parut yang ada menjadi kenangan abadi..

    ReplyDelete
  7. sebak bc n3 kak zie ni....rupanya akak pnah khilangan orng trsayang ye....
    mesti bnyak dugaan yg akak lalui...
    kadangkala kita sukar menerima hakikat khilangan sesorang...mcm2 perasaankn?....
    semoga dirimu tabah&kuat mnempuhinya....

    ReplyDelete
  8. kehilangan akan mengajar erti kesabarn dan ketabahan...ternyata kak zie sangat tabah...semoga Allah merahmati kak zie selalu.

    ReplyDelete
  9. kak zie, semalam saya menjenguk, tak sempat saya nak baca. hari ni saya ambil masa sikit nak baca entry kak zie ni. Menitis air mata saya membayangkan saat perpisahan itu. Apa2 pun, kak zie dah ada yang mensyafaatkan. Semoga tenang dia di sana. Alfatihah buat arwah

    ReplyDelete
  10. reen,marzalina dan seri : Memang perit hadapi itu semua,bayangkan Faris 11 bulan,syakila dlm kandungan 8 bulan....tiba-tiba kakaknya pula pergi.Dulu airmata teman setia akak....mujurlah hubby akak kuat jadi dia yg memberi kekuatan....brsyukurlah ada anak yg sihat dan jagalah sebaik-baiknya....

    ReplyDelete
  11. Salam kak zie...

    meruntun saya baca n3 kak zie ini. Kak zie yang berasa kehilangan, tentu lebih sedih lagi..semoga anak kak zie tenang di sana. amin

    ReplyDelete
  12. Dhiya zafira....
    Memanglah dik..berat mata memandang bahu yg memikul lagi berat bebannya...tapi ia bnyak mengajar kak zie kenal erti hidup,siapa saudara,siapa kawan,masa Shakira masih ada pun kak zie dpt menilai siapa yg benar2 kasihkan dia dan terima dia seadanya....

    ReplyDelete
  13. salam bie...maaf baru hari ni baca blog bie..tu pun dok sakat kak sara diblog tu..sedih baca kisah bie...sara minta maaf banyak yer..tabahkan hati yg pergi tetap pergi hanya kesabaran dari kita

    ReplyDelete
  14. hehehehe ish apa lah sasau bie dok tulis kat blog orang nii sorry ziekiera..ni lah dia kalau salbie dok menyakat kak sara..hehehhe

    ReplyDelete
  15. Cintakasiih alias sara....
    X pe..jalan2 kat blog saya apalah salahnya..boleh gak kita kenal....cuma takut sara tersilap pasal bie....dia tu kan masih trang tang tang...hehehe....

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan zie..sbb dia trang..tang..tang lah sara silap tulis hehehehe muahsss zie..sara letak blog zie kat sara kayyy

    ReplyDelete
  17. salam..kehlgn org yg trsyg amat perih dan payah sekali...hati berkata redha sbb sudah ketentuannya...brsabarlah kak...mugkn skrg arwah skrg tenang disana...yg pergi xkn kmbali tp jgn seskli dikesali...smg akak tabah...Al-Fatihah.. Amin

    ReplyDelete