Saturday, June 6, 2009

Meningitis

Baru-baru ni apabila Melaka heboh dengan penyakit meningitis ia menggamit kembali memori pilu dalam hidup saya. Puteri sulung saya arwah Wan Shakira diserang meningitis tika berusia 3 bulan..rasa gelap dunia ini...apalagi dia adalah cahaya mata pertama saya. Demamnya panas sungguh....hingga di suatu subuh dia koma. Bermulalah episod airmata dalam hidup saya. Dia dibedah di wad neurologi HKL.Tika itu tahun 1988.Perutnya ditebuk untuk dimasukkan wayar terus ke kepala untuk menggantikan salah satu urat yg tekah blok.Jika tidak kepalanya akan membesar. Oh Tuhan..jika tak kuat sudah lama saya kalah. Untuk berulang alik ke KL saya dan hubby menjual kereta kami. Tika itu kami benar-benar tidak mampu.Sewaktu dia berusia 2 tahun tahulah saya bahawa dia seorang anak yang lumpuh,tidak boleh bercakap dan tidak boleh makan sesuatu yang agak keras.Saya terima dengan reda. Saya tak pernah menyoroknya di rumah. Saya bawa dia ke pantai,berkelah di Sekayu,membeli-belah dan ke mana sahaja. Dalam situasi ini ayah dan ibu saya banyak membantu begitu juga dengan adik saya Anita. Tanpa pertolongan mereka saya tak mampu .......

1993,setelah sebulan di HSNZ kerana demam dan tidak lalu makan..Shakira saya bawa pulang. 10 hari di rumah..akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 10.10.1993.Allah meminjamkannya kepada saya hampir 6 tahun. Saya bersyukur. Saya tidak pernah mengabaikan dia bahkan kasih saya padanya tetap subur hingga ke saat ini. Kini 3 orang adik2nya mengisi kekosongan ini...Faris,Syakila dan Haikal.Mereka tidak sempat kenal dan bermesra dengan kakak mereka. Saya abadikan namanya ZIE_KIERA. Alhamdulillah...sya tahu dia akan menunggu ayah dan ibunya di sana...Amin.

8 comments:

  1. Salam Ziekiera,
    Kak durrah sebak baca entry ni... Allah lebih sayangkan dia. Apapun semoga anda tabah melalui semua tu.

    ReplyDelete
  2. Salam kak durrah...Alhamdulillah..saya dah kuat.Di awalnya dulu saya ambil masa 2 tahun utk terima hakikat.Tiap malam terbangun mesti menangis.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ziekiera,

    Alfatihah buat arwah Syakira. Ziekiera memang seorang ibu yang tabah. Akak kagum dengan kamu.

    Akak berbalas kunjungan. Baru hari ini akak dapat menjejaki blog kamu. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. Salam kak Zara...
    Tabah atau pun tidak apabila berlaku kita terpaksa pasrah..Alhamdulillah tika itu zie kuat.Akak tahu masa arwah meninggal zie sedang sarat mengandungkan Syakila 8 bulan...Faris pulak masa tu baru nk masuk setahun...ya Allah...tapi la ni hepi ank2 membesar serentak....

    ReplyDelete
  5. Salam antie

    Air mata tiba2 menitis.
    AL Fatihah

    ReplyDelete
  6. Bukan niat aunt nak buat u all sedih..cuma nak kongsi pengalaman je Bie...nak beritahu yg hidup ini penuh pancaroba.mesti reda dan bersyukur..

    ReplyDelete
  7. salam kak zie..memang sedih kalau kita kehilangan insan yg tersayang, tapi intan percaya Allah maha mengetahui..pasti ada hikmahnya kan..sorang pergi..Allah ganti 3 lagi..kan rahmat namanya tu :)

    ReplyDelete
  8. Betul...kak zie amat brsyukur dgn kehidupan kak zie hari ini Intan. Alhamdulillah syukur nikmat....

    ReplyDelete