Friday, September 4, 2009

Aku Makin Tua....

Ahamdulillah...jika diizinkan Allah,pada 5 September aku akan menyambut hari lahir yang ke 47. Sungguh aku tidak sangka...diam tak diam.. sudah 47 tahun aku dipinjamkan Allah ke dunia yang fana ini.....penuh fatamorgana. Mungkin sesetengah orang tidak dapat menerima realiti bahawa usia makin tua. Betapa pun kita cuba menidakkan..ia tetap mendakap diri kita seluruhnya.
Jujur aku mengatakan bahawa,aku sendiri tidak sedar aku seusia itu...perasaan dan keinginan aku masih lagi seperti aku di usia muda dulu.....aku tetap rasa seperti orang muda kerana rutin hidupku tetap seperti dulu. Tidak ada apa yang kurang dan berubah. Cuma kurasa tahap penghayatan di atas sejadah lebih tenang dan damai.
Namun...apabila melihat anakanak sudah membesar..tahulah aku bahawa aku sudah beransur senja. Jika dulu aku yang memandikan mereka,memakaikan baju dan menyuapkan makan tetapi kini..setelah aku diapi oleh 3 cahaya mataku...ohhhh...mereka sudah tinggi lebih daripada ibunya...walhal rasanya baru semalam aku mendodoikan mereka.
Aku akui,banyak pahit manis yang telah aku lalui sepanjang perjalanan hidup ini. Pernah menangis dan rebah di kaki sengsara,pernah kehilangan cahaya mataku yang pertama,pernah menjalani dua pembedahan kerana sakit,pernah menjalani D & C kerana kandunganku mati tika usianya 4 bulan,pernah kemalangan tika aku sendiri memandu,pernah difitnah pesona yang amat menekan jiwa,tapi....aku pernah melahirkan 4 orang cahaya mata,aku pernah berjaya dalam karier,pernah berjayabersanding di pelamin cinta,pernah menjaga ayahku yang sakit,pernah berbakti kepada bapa mentuaku hingga ke nafas akhir dan aku juga pernah berjaya mempertahankan hak aku daripada dicerobohi orang lain.....
Selamat hari lahir Ziekiera...moga kau diberi Allah kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh misteri ini.....dan aku sentiasa ingat,,,,falsafah yang aku temui dalam sebuah buku semasa aku berusia 16 tahun. Katanya:
"Apabila engkau tidak dapat melihat kepada masa depanmu.kerana masa depanmu itu masih gelap,dan engkau tidak pula dapat menoleh kepada masamu yang telah tinggal di belakang kerana semuanya peristiwa yang pahit dan getir,maka cubalah angkat kepalamu ke atas,nanti engkau akan beroleh istirehat dan ketenangan..."
Terima kasih suamiku dan anak-anak tercinta.....semoga jalan bahagia terbentang luas di hadapan sehingga ke ujung nyawa....insyaallah. Aminn.......

16 comments:

  1. salam kak zie... selamat hari lahir. semoga panjang umur, murah rezeki. ida doakan semoga hari2 mendatang penuh kebahagiaan dan ketenangan buat akak sekeluarga. biarkan keperitan pergi jauh2. usah dikenanga semua yg pahit itu. jadikan segala yg manis sebagai kenangan terindah buat akak.... selamat hari lahir....
    (nampaknya kita lahir bukan yg sama kak!)

    ReplyDelete
  2. alamak salah ejaanlah pulak.
    kita lahir bulan yg sama kak.

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir zie semoga dugan yg menimpa kita terima dengan tenang..cerita zie sebiji mcm sara bila membacanya sedih rasanya...kita kaum hawa ibaratkan seperti habis manis hampas dibuang kepada seseorang...betul ker ayat sara itu...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir..... hemmm jgn risau pasal umur tu...sya sendiri pun tak suka ingatkan....
    Alhamdullillah, segala suka duka telah ditempuhi dengan semangatnya......

    " Happy Birthday To you"..........

    ReplyDelete
  5. selamat ulangtahun ke 47 kak zie,, semoga sentiasa dilindungi Illahi dan mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat amiin....
    "BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU, BILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU MAKA DIA INGIN MENGUJIMU, BILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YG LEBIH BAIK UNTUKMU. OLEH ITU, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN...KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA..."

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Zie,
    Selamat menyambut hari kelahiran yang semakin menganjakkan usia.

    Semoga Allah swt menganugerahkan Zie kesejahteraan bersama keluarga dan dimurahkan rezeki. Didoakan juga, agar hari-hari Zie diberkati Allah swt. Ameen.

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Kak Zie
    Di doakan semua yang terbaik untuk akak :)

    ReplyDelete
  8. Untuk ida,cintakasiih,mummy hannan,SMMkak zara dan kenalan baru iza-de-bintang.....
    Semoga doa kalian mewarnai sepanjang perjalanan hidupku yang berliku..Alhamdulillah...sesungguhnya apa yang baik itu adalah daripada Allah....yang buruk itu adalah dari kekhilafan dan kelemahan diriku jua,,,terima kasih semua...moga persaudaraan kita kekal di maya ini....aminnn....

    ReplyDelete
  9. zie..sentiasa nk kekal buat selama-lama dgn sahabat..:-)

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir akak ku cayang,
    Semoga ketabahan, kebahagiaan dan kegembiraan menjadi milikmu.

    Abby sayang akak.

    ReplyDelete
  11. Salam 'Belated Birthday' Zie!! Mmm, 47 ek? Ok lagi tu. Boleh hasilkan banyak lagi novel tu..

    ReplyDelete
  12. Cintakasiih,Abby dan Kak Durrah...
    Semoga segalanya milik saya...kak Durrah..ingt nak smbung aktvt masa muda2 dulu je,,wat cerpen ngan sajak.
    Terimakasih tidak terhingga atas ucapan yang mensuk kalbu.

    ReplyDelete
  13. salam zie...
    selamat hari lahir. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki. Biasalah zie... kalau tiada dugaan dan cabaran, bukan hidup namanya. Apapun, harap zie tabah melalui semuanya...

    ReplyDelete
  14. Salam Mimie..
    Betul kata mimie..mcm watak syafika dlm Masih Ada Rindu(kalau x silap)tabah,sabar,menangis juga bila sudah tidak mampu...begitu juga zie...dlm kalangan kwn2 zie seorg yg hppy go lucky...zie menangis hanya di atas sejadah,tika di dapur atau pun terjaga di dinihari...apalah ada pada kesedihan..ia akan hilang jua suatu masa...

    ReplyDelete
  15. hepi besday akak ziekiera ittewww.. n salam ramadhan

    ReplyDelete
  16. Salam yginsaf4.....
    akak baru prasan ada someone yg baru masuk ni....apapun tengkiu bnyak2...n salam ramadan juga...ceria sokmo...

    ReplyDelete