Tuesday, July 7, 2009

Si Tanggang Moden

Kita baru sahaja selesai menyambut Hari Ibu dan juga Hari Bapa. Pelbagai cara yang dilakukan untuk meraikan hari yang berbahagia itu. Ada sesetengah orang tidak meluahkan dan mempamerkan namun dalam diam berdoa ke hadrat IIahi agar kedua-dua ibu bapa dalam kesejahteraan yang berpanjangan.
Saya agak tragedi ini berlaku dalam dua minggu lepas....di tempat saya bertugas bukan sesuatu yang pelik para ibu bapa menghantar ank masing-masing sehingga ke dalam kelas terutama murid-murid tahap satu. Kadangkala berbulu juga mata ni melihat anak-anak yang terlalu dimanjakan itu...maaf cakap,kadangkala anak-anak itu ramai yang berada di kelas tercorotatau yang kedua corot....Kisah yang ingin kupaparkan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa sekadar menjadi renungan dan iktibar kita bersama sebagai ibu atau bapa...
Saya selalu nampak keluarga ini menghantar anaknya setiap pagi.Dengan merc yang menjalar...memang nampak hebat kerana yang menulis cerita ini hanya mampu pakai savvy 1.2 je...kadangkala saya nampak berhenti ikut suka je...tak kisah sama ada menghalang laluan atau tidak.Saya pernah terdengar ayah murid tersebut berleter kerana anaknya malas dan enggan masuk ke kelas.....neneknya pulak tukang pujuk...tika ayah mengangkat tangan hampir-hampir nak kena pipi cucunya si nenek cepat-cepat menarik tangan cucu dan membawanya ke tempat lain.Memang nampak muka si ayah marah sungguh tapi caranya nampak agak bongkak...
Suatu pagi yang tragis....malamnya hujan lebat sungguh jadi koridor ke kelas agak bertakung dengan air....si murid tetap macam selalu enggan ke kelas dan memaksa neneknya menemani..Aku rasa ayahnya memang dah lama hot kepada nenk murid itu yang merupakan ibu kandung kepada si ayah.Kebetulan kawanku M.....n mengajar di kelas itu. Di luar kelas kedengaran bising-bising....tak tau apa benda yang diperdebatkan....tapi paling mengejutkan apabila si ayah tiba-tiba menolak ibu kandungnya hingga jatuh tersembam dalam air yang bertakung di koridor....tak cukup dengan itu dipijaknya tubuh orang tua dengan maki hamun yang amat sukar diterima.......kata kawanku..muri-murid di kelasnya terdiam dan terkejut seperti dilanggar garuda melihat perlakuan seorang lelaki yang kukira lebih tua daripada aku terhadap ibu kandungnya sendiri....Ironinya daripada sumber yang aku dengar si anak hanya menumpang kesenangan ibunya yang merupakan usahawan berjaya di bandar ini.....
Aku faham...si ayah sukar menerima sikap nenek yang amat sayangkan cucu...terlalu manjakan cucu hingga jadi mua....tapi bukan begitu caranya untuk melepaskan rasa hati...di depan anak-anak kecil pulak tu....Dua hari selepas itu aku nampak nenek masih lagi menghantar cucunya tetapi tidaklagi menemaninya di kelas seperti biasa.....terkedu aku apabila menatap wajah ibu tua itu yang tenang.....seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.....aku menelan airmata melihat kehebatan hati seorang ibu.....dan hati ini amat menyampah melihat lelaki yang tak tahu malu itu...macamlah orang tak tau kereta yang dipandunya itu kereta siapa......

7 comments:

  1. salam kakzie, lama tul kakzie bertapa. mengalahkan nik hahaha.
    sedih kak baca n3 akak... mmg dasar anak derhaka! tergamak buat mcm tu kat ibu sendiri. Isk..tk leh nak kata apa sbb nnti pasti akan kluar kata2 tak baik nanti..
    Moga Allah akan 'cuit' dia untuk diberi peringatan di atas dunia ini, dan diberi kesedaran pada dia.

    ReplyDelete
  2. Salam... perbuatan yang dilakukan oleh si lelaki itu boleh menjadi contoh buruk kepada anak-anak kecil...

    * Baca n3 ini pun hati sudah sayu... kalau lah saya ada pada masa itu, mau saya pulak bergaduh dengan lelaki itu(bukan sebab nak masuk campur) tapi sebab saya tidak boleh tolerate dengan perbuatan seperti itu...

    ** dunia sudah semakin tua...

    ReplyDelete
  3. What goes around comes around. Dunia ini bulat sentiasa berputar, hari ini kita diatas esok-esok kita pasti berada dibawah. Dosa2 yg kita buat tidak perlu tunggu pembalasan diakhirat, didunia ni pon Allah akan tunjukkan..

    ReplyDelete
  4. salam kak zie..ishh..entah anak apa lelaki tu..sanggup buat mak dia cam tu ye...teruk sungguh! intan mmg mnyampah dngan anak yg kurang ajaq kat ibu bapa terutama ibu kita..esok2 mak dia dah mati..menyesal pun tak berguna kan..harap pakai je keta besar..pelajaran tinggi tapi sikap masyaallah..intan rasa zaman sekarang ni..ramai si tanggang moden..harap2 manusia sebegitu akan insaf.

    ReplyDelete
  5. NIK,UMI E,SMM ,iNTAN:

    Kalaulah semua org berfikir mcm kita,tak de pula syurga dan neraka...itu dera fizikal kita nampak...berapa ramai yang dera emosi ibu bapa...lebih2 lagi setelah berjaya.Ada orang buat rumah 300,400 ribu..tapi bilik utk mak menumpang tak de pun,,,waa,,bilik tetamu kalah hotel 5 bintang..bela mak pun gilir2...kalau giliran dia,org lain x leh ganggu nanti susah nak ganti balik....apa tu ???kak zie tengok dan alami sendiri ni..tapi kita x campur...kita outsider.....

    ReplyDelete
  6. salam, kak zie..
    pertama-tamanya.. maaf sebab tak dapat jumpa akak masa cuti baru-baru ni..
    kedua.. sedih bila baca entri akak kali ni.. sebagai seorang anak, saya terasa bila baca celoteh akak.. bukan terasa kerana apa.. cuma terasa kalau-kalau saya pernah melukakan hati mak + ayah saya.. na'uzubillah.. takut.. takut diri terkhilaf..

    ReplyDelete
  7. Rania....harap-harap kita tak lukakan hati mak kita...kalau ada pun harap mak maafkan kita..yalah,kita ni kan manusia biasa..kerana itu selalulah minta maaf ngan mak dan ayah..

    ReplyDelete