Saturday, April 10, 2010

CINTA

Alhamdulillah....biarpun saya jarang mengupdatekan blog...rupa2nya ramai juga peminat yang suka berkunjung. Kata mereka...mereka suka membaca n3 di sini kerana banyak ilmu yang diperoleh. Besarnya hati saya. Moga-moga ia menjadi satu jambatan untuk saya mendekati anda semua.
Bercakap pasal cinta..ramai yang keliru...apakah masih releven kita yg sudah berkahwin mendambakan cinta seperti orang muda daripada sang suami ? Mengapa tidak ?Selagi hayat dikandung badan kita tetap mahu menikmati,memilikidan menjiwai cinta serta kasih sayang terhadap suami khususnya.
Sofya bertanya apakah cara untuk kekalkan cinta di hati semua....kita semua tahu..setiap isteri sudah membuat yang terbaik. Kadang-kadang kita berjauh hati...kita manjakan suami tetapi apabila minta dimanjakan si suami buat tidak peduli. bukan semua wanita beruntung mendapat suami romantik. Saya sendiri suami langsung tidak romantik..Biarpun dalam hati kecil kadangkala kecewa tetapi saya melihat daripada sudut positif yang lain iaitu dia masih ada keistimewaan. Keistimewaan itulah yang membuatkan kasih sayang tetap utuh biarpun mencecah 25 tahun usia perkahwinan.
Sayajuga pernah diuji.....dia pernah juga berpaling rasa....walaupun hanya seketika tetapi impaknya sangat besar dalam kehidupan kami. Sakitnya hati,jiwa,jantung,dan seluruh emosi dan fizikal. Hanya org yang pernah diuji sahaja yang tahu situasinya. Dan ia berlaku setelah 23 tahun mendirikan mahligai bahagia.
Syukurlah....komunikasi dan terus-terang akhirnya menyedarkan kami berdua. Saya tidak menyalahkan suami seratus peratus. Saya juga ada melakukan kesilapan. Suami..semakin tua semakin mahu diberi perhatian dan dibelai. Itulah kealpaan kita yang paling besar sebagai isteri....kita ingat dia faham kita dan boleh bertolak ansur. Tetapi suami dalam soal bermanja mereka tidak mahu bertolak-ansur. Mereka mahu diberi perhatian,cakna dan sentiasa di samping.
Tetapi ada juga sebilangan suami yang terang-terangan mengaku kepada isterinya bahawa dia sudah ada kekasih.Mahu berkahwin dan sudah tidak mencintai isterinya lagi. Jadi terpulanglah kepada isteri untuk membuat keputusan. Yang memilukan ada isteri yang sanggup bermadu tetapi suami tetap menceraikan isterinya kerana mungkin tidak mahu menyusahkan hidupnya kelak.
Pada pendapat saya....kasih dan cinta suami boleh dikekalkan jika kita berusaha bersungguh-sungguh..Kita tahu bila saat dia pulang...jadi bersiaplah untuknya.pakai cantik-cantik...dan wangikan badan. Selalu bertanyakan hal ehwal dirinya. Tika menonton bersama...urut badan...belai-belai mesra. Buatkan minuman...berbual-bual mesra. Jauhkan topik yang boleh memanaskan keadaan.
Ceritakan hal anak-anak...hal sekolah..pelajaran dan seumpamanya. Bilik tidur biar sentiasa kemas. Cadar tu selalu ditukar. Semburkan wangian. Keperluan suami sentiasa didahulukan..baju dan seluar kerja...gosok..stokin,sapu tangan siapkan..bersalaman sebelum pergi kerja. Sesekali memeluknya mesra dan mencium pipinya. Dan yang penting..selalu sms bertanya khabar tetapi kita pastikan sms itu sesuai pada masanya.
Jika ada yang terbuku di hati..luahkan secara berhemah. jangan sesekali memendam perasaan. Jika sudah menjadi pekung sukar untuk dirawati. Ekspresi dirimu. Sesekali jika berpeluang pergilah bercuti berdua...betul-betul berdua....
Saya bukan pakar tetapi itulah antara usaha-usaha yang saya buat untukmengukuhkan cinta kami. Kata Dr.Fadzilah Kamsah..cinta mesti dipupuk dan dibajai tidak boleh dibaiarkan tumbuh sendiri takut nanti bila dah ada semak-samun susah pulak untuk membersihkannya.
Marilah sama-sama kita menjadikan rumah kita sebagai syurga kita dan suami kita sebagai cintakita sehingga ke ujung nyawa. InsyaAllah....

4 comments:

  1. Terima kasih Kak.. kerana sudi berkongsi rasa, pengalaman, pendapat. Insyaallah saya akan ambil ini sebagai panduan untuk kekal cinta di hati.

    ReplyDelete
  2. salam kakzie..., macamana klu kita je yg asyik nak menyemarakkan suasana rumahtangga tapi dia cool je..

    asyik kita je mmberi..penat ar...

    ReplyDelete
  3. Sofya dan SMM....penat skit melabur tak pe....asal dia sayang kita...esok2 dia pencen...haaa mcm2 dia kasi kita...tu dia dah bagi ank2 kak kita...amacam ?

    ReplyDelete
  4. Zie, thx for the advise. terasa amat berguna ketika ini. 16 thn melayari bahtera bersama, ada insan ketiga ingin mencuba. peliknya insan itu jua punya memiliki suami & anak.tidak terfikirkah ia perkara sama boleh terjadi padanya.
    tapi kata orang, kalau hari2 tgk ikan kembung, sekali ikan salmon menggedik2 depan mata, terbuai juga sang suami dgn keseronokan sementara. hanya doa mengiringi sang suami agar tidak terleka ..

    ReplyDelete