Sunday, November 1, 2009

ALPA SEORANG WANITA.....

Kalau Tsunami Kasih saya membicarakan soal lelaki yang berpaling arah setelah membina mahligai cinta lebih daripada 20 tahun...tidak adil kalau saya tidak mengupas diri wanita,kelemahan dan kelebihan mereka. Mungkin persepsi kepada lelaki selalunya negatif..tidak kurang juga kita dikejutkan dengan sikap wanita yang kadangkala mengundang ketidakbahagiaan dalam rumah tangga.
Ketika bersarapan pagi semasa berkursus di Hotel R......Kota Bharu,seorang guru lelaki membuka cerita. Kami berkursus 3 hari 2 malam. Katanya..."malam tadi cikgu tu...lepas kita habis slot kul 11 mlm...bini dia call suruh balik. Dia tak bagi cikgu tu tidur hotel...malam2 buta tu dia redahlah balik ke B...t. Pagi2 esok slot ada kul 8". "Selalu ke macam tu...bini dia sayang kot",saya mencelah. Jawab guru yang bercerita"dah selalu macam tu....kalau gi kursus mana2 bini dia sibuk,col dan suruh balik....kesian sungguh.Sayang apa lagu tu...bini control tu...".
Kami guru2 perempuan diam. Kata Dyza.."kalau saya tak suruh suami balik malam2 cam tu...kalau apa2 jadi tak ke menyesal...". Saya mencelah...."kadang2 silap lelaki juga. Di awal perkahwinan tak berkeras dengan bini.Ikut je...perempuan ni kak zie akui kalau orang terlebih cakna,sayang dan buat manja,mulalah mua. Kak zie akui tu,walaupu kak zie perempuan".

Seorang guru lelaki paling muda dalam kalangan kamiberkata"saya setuju kata kak zie tu...macam saya....mula2 kawin dulu saya buat sendiri semua....senduk nasi sendiri,ambik air minum pas tu basuh pinggan sendiri....last2 sampai sekarang,8 tahun kawin bini saya tak pernah sendukkan nasi....apa nak buat,saya pun dah tak terkata...". Haaah....ambik engkau,mahu terbeliak biji mata kita.

Kadang-kadang benda2 macam itulah yang kita terlepas pandang. Suami buat sendiri...kita ingat dia nak tolong kita walhal dia nak test kita..harap2 bini kata "tak payah bang,biar sayang buat,biar baby buat,biar kita,buat biar amba buat...whatever.....".Bagi kita benda2 remeh macam tu,sekadar sendukkan nasi,gosok baju atau buatkan air apalah sangat.Tapi tidak begitu pada orang lelaki. Di luar bukan main kita bersolek,wangi dan bergaya tetapi bila di rumah...serabai(bukan serabai ebriza yang cecah kuah tu...hehehe)..
Kesimpulannya....kita jangan take for granted.....hidup berumah tangga ni macam2 ujiannya.Kita ikut rentak suami. Kalau dia nak kita manjakan dia,kita manjakan.Kalau nampak dia duk kerling gadis2 tepi jalan yang bergaya.....kita balik buat di rumah. Bergaya macam yang dia suka...hehehe..tak rugi pun kalau kita cantik depan suami...betul tak ?
Macam ceramah kaunselor masa saya berkursus perundangan syariah tu...seorang suami tak pernah minum air yang isterinya buatkan sampai jadi konflik. Bila hadir sesi kaunseling rupa-rupanya suami tak minum air milo dan si isteri pulak tak bertanya apa jenis air yang suami mahu terus je buat milo.......hehehe...boleh percaya ke ? Marilah puan-puan kita cuba perbetulkan kealpaan kita biar sang suami tiada komplen.....kalau dia cari lain jugak....biar sampai orang kata...apalah punya suami...bini macam tu punya hebat cari yang hampehhh!!!!!

15 comments:

  1. Rasanya eloklah direnung2kan lagu nyanyian P.Ramlee/Saloma ini:

    Sedangkan lidah lagi tergigit
    Apa pula suami isteri

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Baru teguh peribadi

    Apa guna kita bertengkar
    Suami isteri harus bersabar

    Kasih sayang rukun dan damai
    Hidup seperti dalam mahligai
    Maaf hamba wahai dinda

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Baru teguh peribadi

    Suami isteri mesti berpakat
    Rumah tangga mendapat berkat

    Apa guna selisih faham
    Kalau kini aman tenteram
    Pohon ampun wahai kanda

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Baru teguh peribadi

    ReplyDelete
  2. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri...
    hidup berumahatangga kena bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain dan yg paling penting menghormati sesama sendiri

    ReplyDelete
  3. Salam kak Zara dan adik SMM....
    SEdangkan lidah lagi tergigit..tapi kalau selalu sangat tergigit nanti berdarah ! Oleh itu..kena hati-hati dan jgn tergigit lidah sendiri atau lidah orang..hahaha!!!

    ReplyDelete
  4. hmmm ghitewww.. salammm

    ReplyDelete
  5. Sebelum anak2 melangkah ke ambang perkahwinan, ibu-ibu pattu memberi nasihat tentang kerukunan rumahtangga. Janganlah awal2 lagi dah nasihat anak supaya control suami tu. Kalau mulut sendiri sudah berkata suami akan mencari lain, itu adalah niat kita. Jadi janganlah melenting apabila suami mencari lain. Sbb kita dah niatkannya selalu.

    Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, konflik selalu ada. Dalam menghadapi konflik ini, janganlah cuba merajuk nanti sukar nak berdamai. Jangan pula tak bertegur sapa melebihi 3 hari, nanti berdosa. Elak menggunakan bahasa kasar dan memaki hamun, kerana ianya akan menyinggung perasaan. Mendengar adalah satu kaedah yang dapat mengawal emosi dan menurunkan perasaan marah yang meluap-luap.

    Jauhi diri dari menyimpan perasaan terlalu cemburu. Berprasangka buruk terhadap pasangan akan menambahkan sakit di hati. Jangan lanjutkan pertengkaran.

    Jauhi dari berbohong dan hayatilah lagu "Kisah Rumah Tangga" by P. Ramlee.

    ReplyDelete
  6. yginsaf.....
    emmmm...begitulah kira-kira.....


    Kak Zara...
    Alhamdulillah...diharap nasihat dan tunjuk ajar daripada 'orang lama'akan dapat membantu adik-adik kita yg sedang merangkak,bertatih atau berlari di alam rumahtangga yg penuh pawarna....zie pun akan cuba ikut walaupun sudah 24 tahun menjadi isteri orang...tapi kan kak Zara kadangkala 'ter' jugak....tapi endingnya romantis gitu...

    ReplyDelete
  7. Teringat kata2 Dr Fadhilah Kamsah .. kalau orang dah sayang, jgn pula kita yg mengada2. Kalau dah dapat hubby yg baik, kita kenalah berhati2 jgn over.
    Risau juga memikirkan karenah lelaki skrg, tapi kdg bila difikirkan, yg dia tertarik tupun pompuan juga. Berdoalah agar kita tidak diturunkan ujian sebegitu.

    ReplyDelete
  8. kak zie ..
    thanx utks atu tips yg berguna. tapi apa yg abby nampak .. suami yakni seorang lelaki y halal di sisi kita memang suka dimanja dan dibelai ... :-D

    ReplyDelete
  9. Salam kak zie.. lama tak jenguk sini..
    bz betul. kak zie.. betul kata akak tu, kdg2 isteri pandang remeh pd perkara remeh tp sebenarnya yg remeh tulah yg suami ingat... hehe...

    ReplyDelete
  10. salam kak zie... memang ada betulnya apa yang kak zie catatkan tu... Dalam apa hal pun, kalau nak baiki biarlh dari awal lagi...

    * suami atau isteri sepatutnya saling berterus terang jika ada yang dirasakan perlu diperbaiki ;)

    ** kalau boleh terima apa salahnya **

    ReplyDelete
  11. kakzie, kalu berdiam & mendengar saja waktu bertengkar pun tak leh gak... sesekali kena luahkan apa yg terpendam dlm hati. Jgn sampai kita lak kena pijak kepala. Sesekali kita kena tunjuk gak besar kepala. Macam main tarik2 tali.. jgan nak mengalah je.. org lelaki naik mua nanti..

    ReplyDelete
  12. Yatie...
    kak zie setuju..kak zie pun klau dlm situasi cam tu menjwb gak..mmg hubby mrh tapi kak zie ni degil gak..arwah akak prnah beritau hubby,,..pandai2 handle coz akak ni keras kepala n keras hati...hehehe tapi elehhh..menangesss gak !!!

    ReplyDelete
  13. zie..terima kasih kerana tips diatas tu..sara ni banyak kekurangnya bukan seperti isteri-isteri lain..sara hendak buat yang terbaik buat orang tersayang tapi apa kan daya sara dalam statusi begini.kadang kala lelaki pun banyak kelemahannya bila sesuatu terjadi pada keluarganya..

    ReplyDelete
  14. [story yg Zie minta] Late hubby died of bladder cancer 'bout five years ago. When he was at his prime illness, I sgt sdey. The doct bilang, he got 6 more months. Dlm takut, kak Haiza asked him..what am I gonna do klu U daa x de? Then he said, remember mse U form six dlu apa U ske buat? teruskan minat U mnulis 2. Then I trfikir, yes..I'll start big on a novel. So I did! Dua tiga minggu sblom dia meninggal, my book was published. Tiap kali I ziarah dia , he was hugging d book to his chest. And his typical phrase: I told U so! Lepas dia prgi I tlis nvl mcm org kemaruk..satu terapi mghilangkn kesedihan. Cme skrg daa slow sket.. pnykt M..daa datang!

    ReplyDelete
  15. Sara
    Kerana itulah antara kita ni perlu saling menerima seadanya..dia terima kelemahan dan kekurangan kita...gitu gak kita terima dia...insyaallah.

    Kak Haiza...
    Aduhhh...sedih9 sungguh zie.menangis zie kak.Kak seorang yg amat tabah.Zie doakan akak bahagia dunia dan akhirat.teruskan menulis klau ia satu terapi...tapi dia tinggalkan harta utk akak kan?anak2 yg comel.Kak.....take care.

    ReplyDelete