Saturday, October 24, 2009

TSUNAMI KASIH......

Sebenarnya sudah lama saya mahu paparkan kisah ini tetapi kekangan masa yg begitu cemburu menjadikan hasrat itu tidak kesampaian. Sebenarnya kisah ini sudah terlalu klise dalam kehidupan kita akhir-akhir ini tetapi entahlah...apabila ia berlaku terlalu hampir dengan kita membuatkan saya terpanggil untuk menuliskannya jua...Saya namakan ia sebagai tsunami kasih kerana ia berlaku secara tiba-tiba,biar pun cuaca tenang,nyaman dan damai. Tak kira berapa skala ritchernya apabila berlaku ia tetap mengubah keadaan. Keadaan yang sukar untuk kembali ke asalnya.
Apabila bapa saudara saya bercinta dan mengakhirinya dengan perkahwinan,saya dapat melihat wajah ibu saudara saya yang cengkung dan pudar. Ia berlaku setelah anak2 dewasa. Ekonomi udah makin teguh.Di saat usia sudah menghampiri ke angka 5..an . Kalaulah kerana ibu saudara saya gemuk,berkulit gelap mengapa 23 tahun dulu bapa saudara saya memilihnya sebagai isteri ?Bahkan tok wan saya pernah menasihatinya fikir dulu kerana si perempuan berpotensi utk gemuk takut menyesal.Tapi kata bapa saudara bukan itukeutamaannya...
Ketika balik beraya di kampung arwah syawal yg lalu...saya dikejutkan dengan cerita teman sepermainan yg telah berkahwin dengan sepupu saya juga berura-ura untuk kahwin lain.Si lelaki berusia 49 manakala sepupu perempuan saya 45.JUga perkahwinan mereka berusia 25 tahun. Sepupu saya menangis di bahu adk saya Anita...paling sayu apabila dia berkata...aku orang hodoh..orang dah tak mboh kat aku....walhal ketika di awal perkahwinan sepupu saya bertungkus-lumus berniaga membantu suaminya kerana tika itu gaji suaminya kecil.Janda beranank dua yg digilai suaminya pun bukan main sedap bercakap. Apabila sepupu saya merayu dan memohon simpatinya dengan angkuhnya dia menjawab"saya tetap akan kahwin. Kami dah bercinta setahun. Susah payah awak selama ini tak de kena mengena dengan saya,itu kisah awak,saya nak kisah saya berakhir dengan bahagia". Aduhhhh.....kalau belati itu tajam rasa saya kata-kata perempuan itu lebih bisa dan menikam sukma...!
Apabila bertemu kawan-kawan lama banyak juga saya mendengar rumah tangga yang dilanda tsunami....iaitu rumahtangga yang telah berusia 20 tahun ke atas....mengapa ????
Apakah tiada lagi simpati dan kasih....sudah lupakah padapengorbanan yang bersulamkan air mata,keluh kesah ,rawan hiba untuk mencapai ke tahap 20 tahun ke atas. Ketika berjumpa kakak angkat saya tiga tahun lalu saya juga terkejut apabila diberitahu suaminya sudah berkahwin lain. Janda muda tanpa anak.Bahkan mereka sudah dapat seorang anak pun.Apabila saya ingat semula...kisah cinta kakak angkat saya itu dulu persis menonton sebuah filem hindustan,,,penuh cabaran dan airmata...di awal perkahwinan tinggal srumah dengan mentua.Suaminya sambung belajar,wang ringgit dan air mata usah diceritakan...namun akhirnya tsunami kasih melanda juga ketika zaman puncak...setelah anak2 berjaya ke menara gading,setelah mahligai cinta terbina ratusan ribu....segala-galanya tidak bererti lagi....
22 oktober lalu saya menghadiri kursus Keluarga dan Perundangan Syariah di Kuala Terengganu.Banyak ilmu yang dapat dikutip.Rupa-rupanya kisah rumahtangga ini penuh liku-likunya danpelbagai variasi.....kadangkala saya terfikir..agaknya lelaki ini tidak suka kepada kedamaian,keharmonian dan kebahagiaan. Mereka suka mencari cabaran kerana hasilnya mereka yang dapat.Saya bukan anti poligami tetapi saya bencikan lelaki=lelaki yang berpoligami sedangkan mereka itu tidak mampu menyara keluarga pun....menadah wang ringgit isteri untuk isi minyak kereta,beli rokok atau keluar berjumpa kawan-kawan...nafkah jauh sekali....sepatah kata pendakwa syariah yang berceramah.....berpoligami bukan sunnah tetapi HARUS.Hanya manusia yang pandai mereka-reka mengatakan ia sebagai SUNNAH.....ya Allah,selamatkan rumahtanggaku,saudara maraku dan sahabat2ku daripada dilanda Tsunami Kasih......Aminnnn

7 comments:

  1. Salam Zie..
    Pada siapa persoalan begini harus kita utarakan...para suami sudah bersedia dengan jawabannya di hadapan ALLAH...mereka melakonkan apa sj watak..award dan anugerahnya di atas pentas di akhirat nnti...ucaplah tahniah pada mereka utk award itu...salam sayang dari NDah. Kuatkan semangat dan berilah semangat kepada mangsa2 tsunami suami..

    ReplyDelete
  2. Salam Ndah...
    Entahlah...agaknya ini yg dikatakan roda kehidupan...kekuatan dalaman penting dan kalau ada akal untuk menghindarinya lagi baik...lusa,tulat n tubing...zie dan Dyza brkursus diKB..dah janji tido sebilik..wauuu tentu sonok...jgn jeles!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Zie,

    Memang ada suami tidak memberi nafkah kepada isteri, katanya si isteri sudah ada pendapatan sendiri. Namun si isteri redha, walaupun dalam keadaan terpaksa. Pendapat akak si isteri mesti berani memohon taklik atau fasah daripada suami. Jangan malu menjadi janda. Tak hina menjadi janda ni. Lagipun anak-anak sudah besar.

    Biarkan saja si suami itu mencari nikmat lain, kerana kenikmatan yang dicari itu sebenarnya bebanan baru untuknya.

    Kepada para suami, jangan menipu isteri pertama untuk membolehkan berkahwin. Juga jangan menipu isteri kedua, kerana takut isteri pertama. Tapi takut kepada ALLAH kerana dosa yang anda lakukan akan dihukum di dunia lagi sebelum dihumban ke dalam neraka.

    ReplyDelete
  4. Salam... sukar untuk saya perkatakan apa-apa... saya juga tidak faham mengapa lelaki mudah melupakan 'susah payah' isteri...

    ReplyDelete
  5. salam kak zie..
    hangat jgk tajuk yang dibincangkan.. cuma teringat pada datuk fadzilah kamsah..
    Dlm perkahwinan, sebab perkahwinan berubah seiring masa. Sebagai contoh, kalau dahulu kita berkahwin kerana rupa, maka sebab tersebut perlu berubah bila masa berlalu kerana rupa paras akan berubah (kecantikan akan pudar). Maka penyebab perkahwinan tu perlu diubah agar keteguhan dan kebahagiaan kekal terjamin...

    ReplyDelete
  6. Salam..Kak Zara,Umi-e dan Nik....
    Semua yg diperkatakan itu betul...apa yang penting diri kita(lelaki).Mereka bukan buta untuk melihat,juga tidak pekak untuk mendengar serta bukan dungu untuk menilai,,,tetapi apa yang saya lihat,apabila nafsu menguasai hati semua pintu rasional tertutup...namun ada juga lelaki yg tergelincir sedikit tetapi setelah isteri bersemuka,sama-sama muhasabah diri,membina kembali keintiman rumahtangga dapat diselamatkan bahkan kasih sayang semakin bertaut mesra...tapi kak zara ada juga org tkut memegang title janda krn bukan semua wanita sekuat kak zara...

    ReplyDelete
  7. Rumahtangga adalah dunia dan syurga pada para wanita yg bergelar isteri. Satu kebaikan yg dilontarkan suami, sepuluh kali kebaikan dibalas isteri. Hidup berumahtangga umpama perjudian. Takdir dan nasib tidak dapat diubah. Biar elok layanan yg kita berikan tidak bererti elok juga yg kita terima. Aku tidak berani memberi apa2 cadangan kerana buat masa ini aku tidak punya masalah rumahtangga yg kronik, sedangkan lidah lagi tergigit. Kak zie, aku juga bukan anti poligami, tapi pada suami2 yg ingin beristeri baru, cermin2 lah diri dahulu.

    ReplyDelete