Thursday, July 23, 2009

Kenangan masa remaja

Semasa menuntut di SMPM kini SMKPM,saya memang aktif sama ada di padang mahu pun di pentas. Peristiwa ini berlaku semasa saya berumur 16 tahun...tingkatan 4 lee tu. Hari itu hari guru...saya mendeklamasikan sajak.Itu bukan perkara luar biasa.Ia seolah-olah macam satu tugas apabila ada hari istimewa di sekolah saya akan menyumbangkan sesuatu.
Tidak saya sangka rupa-rupanya ia membawa satu rentetan kisah lucu tapi pelik juga buat diri ini....tidak disangka-sangka rupa-rupanya ada yang begitu minat memerhati. Dia juga pelajar di tingkatan 4 tetapi aliran sains. Saya pula dalam aliran perdagangan. Di asrama putera dia memuji-muji kebolehan saya(kawan yg citer,,bukan perasaann hehe).Katanya suara saya sedap,penuh perasaan dan macam-macam lagilah. Kesempatan ini digunakan oleh rakan-rakannya untuk 'mengenakan' dia. Manakan tidak dia merupakan seorang yang pendiam,warak dan tak pernah bercakap pasal perempuan.
Walaupun sama-sama tinggal di asrama dan sama-sama tingkatan 4 saya tak pernah kenal dia. Hujung minggu itu kami dibenarkan pulang ke rumah. Aku gembira sangat kerana akumemang rindukan familyku.Hari Jumaat malam,arwah Baba(ayahku)mengajak kami ke Pesta Main Pantai di Batu Burok.Aku malas nak pergi.Jadi Baba,Umi dan 3 orang adik-adikku yang pergi. Jadi aku tinggalseorang saja di rumah. Lantas untuk hilangkan boring aku mengikut tok wan dan tok kiku ke masjid untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib sementara menunggu waktu isyak aku duduk sebelah tok wanku yang belajar membetulkan bacaan. Tiba-tiba aku terdengar bilal masjid bertanya..."Rozi mana ? ni ada orang cari ni". Aku keluar dan melihat siapa yang datang mencari...terkejut beruk aku bila melihat seorang remajalelaki berkaca mata. Aduhh ganteng bangat,,,hehehe. Aku mendekatinya. "Awak siapa?",aku bertanya. Dia diam dan tunduk. "Kenapa awak nak jumpa saya?"dia pulakyang bertanya. "Jumpa awak ?....tak de pun,saya tak kenal pun awak",aku menjawab. Tokki aku mengajak dia naik ke masjid kerana solat isyak dah masuk waktu.
Tokki membawanya pulang ke rumah. Aku menghidangkan minuman. Tahulah aku bahawa dia sudah 'terkena".Kenapalah dia ni lurus bendul boleh percaya aku nak jumpa dia.
"Kenapa awak ni...kalau ya pun misalnya saya nak jumpa awak,kenapa sampai awak datang umah saya. Dahlah malam,jauh pulak tu...tentu saya cari awak di sekolah je..."aku membebel.Dia diam.Geram aku memikirkan 2 orang penyangak yang mempermaikan dia. Tapi yang bestnya dia tenang sambil meneguk air.Sesekali mata kami bertemu....handsome jugakmamat ni.wajahnya pulak bersih dan licin. Ehh...tergugat jugak hati aku ni...
Tak berapa lama kemudian Babaku pulang.Berdebar jugak aku.Babaku kalau pasal pak we tak ada kompromi.Aku bercerita pada babaku....babaku percaya kot. Ku biarkan 2 orang lelaki berbicara....babaku mengajak dia bermalam,Tapi dia menolak. Dalam kegelapan malam diam melangkah pergi....sepupu2 lelaki aku apa lagi...orang kampung memang pantang pasallelaki asing ni...aku berlari pulang memberitahu baba apabila dia dikerumuni.Babaku mengajak dia masuk ke kereta dan terus menghantarnya ke asrama.
Yang bestnya dia emuji aku di depan tokki...tak sangka zie rajin bersolat.Nampak rugged dan sosial(kalau aktif sikit itulah tanggapan orang terengganu...dulu2 lah).Babaku bnayak nasihatkan dia.....sekembali ke asrama heboh juga citer ni di asrama putera. kesian dia....aku date sekali dengan dia di perpustakaan. Anehnya dia banyak membisu. Kepada dua orang penyangak tu aku berleter jugak lee...peristiwa itu habis begitu sahaja...dua bulan kemudian aku dengar dia bertukar sekolah ke tempat ibu bapanya di Pahang......apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dia ketika dia datang mencari aku.....malam,jauh dan tempat yang dia tak pernah datang...? Sepatah kata Baba mencuit naluriku......emm sebenarnya dia tu sukakan kamu tapi malu dan rasa rendah diri....ishk...ishk....kenapalah kau tak tackle aku....aku suka gak dengan ketampananmu itu...hehe..kenangan masabodo.....kalau hubby baca jangan rasa apa_apa ya....cuma kenangan bukan impian.....

5 comments:

  1. chewah... mengimbau kenangan lama nampak... hehe.. sesekali mengenang saat2 manis di zaman sekolah, mmg seronokkan kak.tp lurus bendul betul orgnya yea..

    ReplyDelete
  2. ini kira cinta pandang pertama lah ek? ingatkan dia tu yg akhirnya menjadi hubby mu kak zie... ku pulak yg tersenyum senyum sendirik klu lah cinta zaman sekolah itew berakhir dgn jayanya kejinjang pelamin..
    tapi cinta ku dizaman sekolah berakhir ditengah jalan hu.hu.hu...hingga kini masih ku terasa pedihnya.. huhuhu... opppss..over pulak...

    ReplyDelete
  3. wahh...bestnya terkenang masa remaja kalau bole nak kembali ke dunia tu tapi apa kan daya lama ke meningkat usia ia akan berubah heheheheh seronok cinta zaman sekolah tahu kepayahan mencari duit nak belanja kekasih masa sekolah hehehehe

    ReplyDelete
  4. Syahdunya kisah Zie... di mana agaknya dia sekarang ya... entah-entah merana menyimpan pendam kat kamu. Apakan daya bukan jodoh kamu dengan dia kan.

    Kalau hubby Zie baca post ni... berdegup pantas juga jantung dia tu... hehehe sabar... sabar... itu cuma nostalgia zaman remaja.

    ReplyDelete
  5. Ida,SMM,Cintakasiih dan Kak Zara
    Kenangan hanyalah cebisan pengalaman. Dia bukan cinta pertama saya. Dia hanya pemuja saya..hehehe sebab dia tertarik dengan sajak2 dan cara saya berpuisi...Wala di mana dia berada moga2 dia bahagia..kera WSWH amat baik orangnya....

    ReplyDelete