Monday, March 26, 2012

Tiba-tiba kembali menjengah....

Lama sungguh saya tidak berkunjung ke sini....terlalau alpa dengan facebook sehingga tidak sempat datang ke sini. Terkejut juga saya melihat sudah 34 followers.....ermmm ada juga peminat.Facebook lebih ringkas,mudah dan padat. Tapi nampaknya kena aktif juga di sini sebab ramai yang suka tu....:)
Sekian waktu...banyak peistiwa suka duka yang berlaku....kadangkala ia di luar jangkaan dan kawalan kita. Hidup mesti diteruskan juga walaupun pahit.....manis tetap ada. Itu memang fitrah..ada suka dan duka.
Diam tak diam....2012 ini saya bakal berusia 50 tahun pada 5.9 nanti.....begitu pantas masa berlalu.tapi hati tetap dan masih 20 tahun....hehehehe....siapa menduga....tiba-tiba hati di usia 20 kembali hadir tika berusia hampir 50.
ini suatu permulaan....jika masih mahu mendengar celoteh saya...in syaAllah saya akan kembali aktif di sini....meluahkan segala rasa dan pengalaman yang ada....

Sunday, November 28, 2010

Lama Kutinggalkan laman Kenanganku......

November Hidupku

November sudah tiba ke penghujungnya......namun aku masih di sini. November memang banyak kenangan di dalam hidupku....aku dianugerahi tiga orang cahaya mata dalam bulan November. 15 November 1987 aku mendapat cahaya mata pertama arwah puteri sulungku Wan Shakira. 19 November 1992 aku mendapat cahaya mata kedua....seorang lelaki Wan Ahmad Faris. 21 November 1993 aku dianugerahi lagi seorang puteri Wan Syakila setelah sebulan kakaknya pulang ke rahmatullah.
November.....tak mungkin aku lupakan...mematangkan kehidupanku,membahagiakan aku,melengkapkan hidupku....

Tuesday, June 8, 2010

Catatan seorang aku....

Senja kian menghampiri....dalam bersunyi-sunyi begini...hatiku dibalut keresahan yang memanjang. Kian lama kian jauh usia meninggalkan landasan. ke mana arah hidup ini
Ingin mengecapi ria yang berpanjangan namun ada sahaja dugaan mendatang. Kukira usia yang kian senja ini akan menjanjikan keindahan kerana tika muda sudah banyak ranjau yang ditempuhi.
Kiranya....kian usia menginjak kian kuat dugaan yang mencuba dan menguji kekuatan hati. Kadangkala kurasakan seandainya ada lagi dugaan hebat yang tiba selepas ini....aku sudah tidak sanggup mendepaninya lagi..Aku takut aku akan lemah,mengalah dan putus asa.
PadaMU ya Allah..kupohon sejuta rahmatMu...bimbinglah aku ke jalan yang benar lagi suci...berilah hamba kekuatan yang tekal untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.
"sehelai resah .....
gugur di padang takdir
titisan hujan merembes
menenggelami duka tak bertebing..."

Thursday, May 6, 2010

Hari Ibu....Hari Kita.....

Salam persaudaraan buat semua....hari ibu bakal menjelma.Ia cukup bermakna.Bukan hari lain tidak istimewa tetapi apabila diisytiharkan ia seakan suatu pengiktirafan yang istimewa buat kaum hawa yang bergelar ibu.
Setelah hampir setahun berkahwin..saya masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berbadan dua.Risau juga...tambaan pula apabila saudara-mara mula bertanya dan berteka-teki sesama mereka.Dan yg lebih terkedu apabila mereka kata aku sengaja tidak mahu beranak.Ada ke patut. Kalau tak silap akhir ogos 1986...aku mengalami sakit perut yang teramat sangat.Bayangkan habis kerusi meja di ruang tamu rumah mentuaku sempanh perenang masa aku menggelupur kesakitan..Aku dimasukkan ke wad...seingat aku 7 orang doktor yg memeriksa aku....tapi alhamdulillah...kesemuanya doktor perempuan. Aku didiagnosis mengandung di luar rahim.Aku diarahkan berpuasa serta merta kerana pembedahan akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Hampir 2 hari aku berpuasa..hanya air glukos je yg dimasukkan....dan aku diputuskan akan menjalani pembedahan pagi lusanya. Semasa aku ditolak kedewan pembedahan aku dah dizzy sikit2 setelah diberi suntikan. Seorang saudara yg kebetulan bertugas di situ memberitahu suamiku balik sekejap mengambil mentuaku.Aku sempat menitipkan salam buat suamiku dan mohon ampun maaf.Aku ditolak masuk. Dewan sejuk dan hening...setelah mukaku ditutup aku terus hilang....tika itu aku seolah-olah berada di tempat yang gelap gelita...Kukira 2 jam juga pembedahan itu. Apabila membukakan mata...aku sudah siap berpakaian...wajah suamiku berbalam-balam kelihatan....pertama yang aku rasa adalah rasa pedih yang menghiris-hiris perutku...mungkin kesan ubat bius sudah beransur hilang...
Rupa-rupanya dalam saluran faloppian ada blood clot yg menghalang sperma.Patutlah aku tidak mengandung.Menurut doktor ia hampir pecah...Syukur tuhanku...
6 bulan kemudian aku disahkan mengandung....alhamdulillah...Peringkat awal mengandung aku mengalami alahan yang teruk. Pernah aku muntah hanya darah sahaja yang keluar.Aku juga pernah dimasukkan ke wad kerana badan terlalu lemah...Oh tuhanku...kalau derita itu adalah bahagia untuk memiliki seorang anak....aku pilih derita....
15.11.1987...lahirlah cahaya mata pertamaku...Wan Shakira....sayangnya tika berusia 3 bulan dia mengidap meningitis dan setelah menempuh pelbagai azab sengsara dia kembali ke rahmatullah pada 10.10.1993....Begitu rupanya takdir untukku seorangibu....
Betapa pun begitu aku tetap bersyukurkerana Allah menganugerahi aku 3 orang lagi cahaya mata pengikat kasih...Cahaya mata keduaku lahir pada 19.11.1992. Masih kuingat malam tu aku mula sakit-sakit....suamiku terus membawa aku ke hospital.Pada Shakira aku berpesan tidur elok-elok dengan atuknya. Yang lucunya..ibu dan ayahku memikirkan kami berdua pulang ke rumah sewaan kami. Jadi apabila suamiku menelefon subuh itu mmberitahu selamat melahirkan bayi lelaki..ayahku amat terkejut. Dialah Wan Ahmad Faris.....dan bakal melanjutkan pelajaran diUiTM Jengka pada 26.6 ini dalam bidang kejuruteraan. Cahaya mata ketigaku...Wan Syakila dilahirkan pada 21.11.1993 dengan berat 4.2kg.....terkejut aku dibuatnya.Bayangkan beratnya seusia bayi sebulan...rambut lebat berketak-ketak,kuku jari panjang...lahir sahaja terus mencicip jari jemari sehinggakan jururawat bertugas ketawa gelihati. Kini berusia 17 tahun dan bakal menduduki SPM tahun ini...putera ke 4ku lahir pada 23.5.1997 dan sudah pun di tingkatan satu.
Pada tahun 2000 aku dan suami teruja kembali apabila aku disahkan mengandung.Waktu itu aku sudah pun menginjak 38 tahun....Kali ini alahanku juga teruk..Mungkin sudah ditakdirkan tiap kali mengandung aku mengalami munta2 yang teruk dan setiap kali melahirkan aku mengalami sakit yang agak lama..namun aku tetap reda demi melahirkan zurit sebagai penyambung generasi kami...setelah masuk bulan ke 4...akuterkejut apabila suatu pagi aku melihat kesan darah...aku terus ke klinik dan kemudian diarahkan ke hospital...Alangkah sedihnya rasa hati apabila aku diberitahu bahawa janinku sudah tidak bernyawa lagi...Aku masuk ke bilik pembedahan sekali lagi tapi kali ini untuk proses D&C.
Apa pun yang dilalui sepanjang waktu bergelar ibu....aku percaya seorang ibu tetp cekal dan reda. Masa anak-anak masih lagi kecil aku ingat..betapa kecohnya aku dan suami..Mujur tika itu senang sedikit untuk mendapat pembantu rumah warga tempatan...Aku juga bertuah kerana mendapat pembantu2 rumah yang rajin dan baik hati..Aku berterima kasih kerana mereka banyak membantu aku membesarkan anak-anak....Semenjak 1999 sehingga kini aku tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah..Anak-anakpun sudah besar. Mereka kata mereka mahukan privacy..Tugasku memang berat sedikit.Manalagi kerja...namun aku ikhlas.
Pada hari ibu..aku ingin ucapkan selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu...semoga anak-anak kita diberi Allah kejayaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat...Aku bersyukur kerana setakat hari ini..Alhamdulillah...Allah mengurniakan anak-anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa buatku dan suami....Aminnnn...

Tuesday, April 20, 2010

Kekasih Awal dan Akhir

Salam untuk semua...rakan-rakan dan adik-adik....kali ini saya akan membawa anda ke suatu daerah yang bukan asing dalam kehidupan kita. Setiap kita ada masa silam. Ada kisah suka,duka mahupun tragis. Bertemu kekasih lama. Saya percaya ramai yang pernah mendengar kisah ini,melihat atau mengalami sendiri.
Setelah masing-masing membawa haluan....berkahwin dan punya anak2 yang sudah besar dan ada sesetengah tu sudah layak bermenantu tetapi tiba-tiba bersua kekasih lama. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Perasaan berbaur resah,rindu,gementar dan tidak keruan. Tanpa sedar saling mendekati dan bertanyakan khabar. Berbual seadanya dan lantas bertukar-tukar nombor telefon.
Rentetan daripada pertemuan itu....sms dihantar...kemudian calling2...itulah akhirnya menjadi punca kepada perasaan kembali berbunga. Terasa seperti masih remaja seperti dulu.Terasa seperti enak dibuai rasa seperti dulu,
Sukar untuk menghindari malah emakin didekati....seorang kawan saya masih menghubungi kekasih lama. Kadang2 mereka bertemu secara rahsia. Si isteri memang tidak tahu. Kedua2nya sudah punya kehidupan masing-masing.Tetapi mengapakah mereka mengikut alunan ombak perasaan yang menghantui ?
Seorang sahabat saya...lelaki...berkata pada saya"walau sekukuh manapun kita sorokkan akhirnya isteri atau suami tetap akan tahu.Cuma lambat atau cepat.itu saja.Bila situasi ini berlaku...sendiri makan pengat..sendiri mau ingatlah". Dalam f ilem MURDER yg dilakonkan oleh Malikka Sherawat dan Imran Hasmie...mengupas persoalan ini...dan saya rasa antara dialog dalam filem itu pun turut mengatakan bahawa sesuatu yang disembunyikan daripada pasangan masing-masing akhirnya akan ketahuan juga.
Memang indah bertemu kembali....segala memori seakan-akan terlayar di skrin ingatan.Malah semakin indah apabila ia disusuli pertemuan demi pertemuan.
Ironinya ada yang sanggup meninggalkan pasangan dan keluarga masing-masing demi mengikut kata hati.....terungkailah segala ikatan...anak2 menjadi mangsa....keluarga bahagia hancur dalam sekelip mata. Let bygones be bygones. Barang yang lepas jangan dikenang dan berbagai-bagai lagi yang kita dengar. itu semua terbukti sudah bahawa ia patut dijadikan sandaran dalam hidup agar tidak kecundang'
Marilah kita muhasabah diri. Lupakan kisah lama. berikan cinta pada kehidupan yang telah kita bina.Pasangan yang ada jelas membuktikan bahawa memang dialah jodoh terbaik buat kita semua......

Saturday, April 10, 2010

CINTA

Alhamdulillah....biarpun saya jarang mengupdatekan blog...rupa2nya ramai juga peminat yang suka berkunjung. Kata mereka...mereka suka membaca n3 di sini kerana banyak ilmu yang diperoleh. Besarnya hati saya. Moga-moga ia menjadi satu jambatan untuk saya mendekati anda semua.
Bercakap pasal cinta..ramai yang keliru...apakah masih releven kita yg sudah berkahwin mendambakan cinta seperti orang muda daripada sang suami ? Mengapa tidak ?Selagi hayat dikandung badan kita tetap mahu menikmati,memilikidan menjiwai cinta serta kasih sayang terhadap suami khususnya.
Sofya bertanya apakah cara untuk kekalkan cinta di hati semua....kita semua tahu..setiap isteri sudah membuat yang terbaik. Kadang-kadang kita berjauh hati...kita manjakan suami tetapi apabila minta dimanjakan si suami buat tidak peduli. bukan semua wanita beruntung mendapat suami romantik. Saya sendiri suami langsung tidak romantik..Biarpun dalam hati kecil kadangkala kecewa tetapi saya melihat daripada sudut positif yang lain iaitu dia masih ada keistimewaan. Keistimewaan itulah yang membuatkan kasih sayang tetap utuh biarpun mencecah 25 tahun usia perkahwinan.
Sayajuga pernah diuji.....dia pernah juga berpaling rasa....walaupun hanya seketika tetapi impaknya sangat besar dalam kehidupan kami. Sakitnya hati,jiwa,jantung,dan seluruh emosi dan fizikal. Hanya org yang pernah diuji sahaja yang tahu situasinya. Dan ia berlaku setelah 23 tahun mendirikan mahligai bahagia.
Syukurlah....komunikasi dan terus-terang akhirnya menyedarkan kami berdua. Saya tidak menyalahkan suami seratus peratus. Saya juga ada melakukan kesilapan. Suami..semakin tua semakin mahu diberi perhatian dan dibelai. Itulah kealpaan kita yang paling besar sebagai isteri....kita ingat dia faham kita dan boleh bertolak ansur. Tetapi suami dalam soal bermanja mereka tidak mahu bertolak-ansur. Mereka mahu diberi perhatian,cakna dan sentiasa di samping.
Tetapi ada juga sebilangan suami yang terang-terangan mengaku kepada isterinya bahawa dia sudah ada kekasih.Mahu berkahwin dan sudah tidak mencintai isterinya lagi. Jadi terpulanglah kepada isteri untuk membuat keputusan. Yang memilukan ada isteri yang sanggup bermadu tetapi suami tetap menceraikan isterinya kerana mungkin tidak mahu menyusahkan hidupnya kelak.
Pada pendapat saya....kasih dan cinta suami boleh dikekalkan jika kita berusaha bersungguh-sungguh..Kita tahu bila saat dia pulang...jadi bersiaplah untuknya.pakai cantik-cantik...dan wangikan badan. Selalu bertanyakan hal ehwal dirinya. Tika menonton bersama...urut badan...belai-belai mesra. Buatkan minuman...berbual-bual mesra. Jauhkan topik yang boleh memanaskan keadaan.
Ceritakan hal anak-anak...hal sekolah..pelajaran dan seumpamanya. Bilik tidur biar sentiasa kemas. Cadar tu selalu ditukar. Semburkan wangian. Keperluan suami sentiasa didahulukan..baju dan seluar kerja...gosok..stokin,sapu tangan siapkan..bersalaman sebelum pergi kerja. Sesekali memeluknya mesra dan mencium pipinya. Dan yang penting..selalu sms bertanya khabar tetapi kita pastikan sms itu sesuai pada masanya.
Jika ada yang terbuku di hati..luahkan secara berhemah. jangan sesekali memendam perasaan. Jika sudah menjadi pekung sukar untuk dirawati. Ekspresi dirimu. Sesekali jika berpeluang pergilah bercuti berdua...betul-betul berdua....
Saya bukan pakar tetapi itulah antara usaha-usaha yang saya buat untukmengukuhkan cinta kami. Kata Dr.Fadzilah Kamsah..cinta mesti dipupuk dan dibajai tidak boleh dibaiarkan tumbuh sendiri takut nanti bila dah ada semak-samun susah pulak untuk membersihkannya.
Marilah sama-sama kita menjadikan rumah kita sebagai syurga kita dan suami kita sebagai cintakita sehingga ke ujung nyawa. InsyaAllah....

Wednesday, March 31, 2010

WANITA , LELAKI, CINTA DAN PERKAHWINAN

Salam buat teman-teman...sepatah kata Nor Hayati Mohd..blog kak zie dah jadi sarang ular dan boleh beranak-pinak dah...hehehe
Kisah yang akan kupaparkan sebenarnya sudah klise bahkan aku pernah menyentuhnya tahun lalu lewat tajuk Tsunami Kasih. Namun kisah ini begitu sinonim dalam kehidupan kita. Sementelahan kita ini wanita. Wanita dan perkahwinan bagaikan suatu kesinambungan yang padu. Apabila menyebut perkahwinan ia bagaikan tidak lengkap jika tiadaujian,dugaan,rintangan,suka-duka,tawa hiba dan airmata.
Sementara menunggu kawanku berlepas menunaikan umrah kami bersembang di ruang legar menunggu. Aku mengucapkan tahniah kerana dia bakal berkunjung ke suatu tempat yang suci...menjadi idaman destinasi setiap umat Islam yang cintakan agamanya dan berkemampuan. Dalam diam dia meluahkan isihatinya bahawa akhir-akhir ini dia sangat cemburu dan syak wasangka terhadap suaminya. Lebih-lebih lagi dia selalu membaca mesej2 gurauan dalam handphone suaminya yang apabila ditanya menyatakan itu semua kawan-kawan.Aku menarik nafas seketika. Susah juga ni..aku bukan kaunselor perkahwinan hanya sekadar guru bimbingan budak2 sekolah rendah aja.
Mengapa perempuan2 itu suka sangat berkawan dengan suami orang ? menghantar mesej2 gurauan yang mungkin akan terbacaoleh sang isteri,anak2 atau sesiapa saja yang serumah dengan lelaki itu...Memanglah orang suka berkawan dengan suami sahabatku itu...gajinya lebih 10k sebulan....kereta 3/4 buah....rumah besar...dan segala yang mewah dapat dipandang dengan mata kasar. Cuba kalau lelaki itu sengkek....tukang kebun atau jaga sekolah misalnya...ramai ke perempuan yang nak berkawan dan hantar mesej manja2 untuk mengail ikan kerapu yang besar di lautan dalam ?
Aku pun kadang2 heran juga...lelaki ni kalau tak melayan agaknya bukan lelaki...susah nak cakap. Cuma nasihat aku pada kawanku itu...itu semua perasaan yang digoda oleh syaitan..dia nak suruh kita bertekak sepanjang masa...kita pulak semakin tua....suami kita masih lagi tampan..jadi kita rasa sukar untuk menandingi dia. Kataku...terpulanglah pada suami kita. Takkan kita nak ikut buntut dia sepanjang masa.
Kawanku mengeluh...dia suri rumah sepenuh masa....potongan badan aduhai...memanglah kembang dari atas sampai bawah."Kau tak pe zie...sekarang kau dah kurus,cantik dan bergaya....kau tengok aku ni...susah hati pun badan tak mau bergerak". Aku rasa nak tergelak pun ada...OK kataku balik dari umrah ni kita buat sesuatu untuk kuruskan badan.Tapi sesampai di sana di hadapan Kaabah kau berdoalah yang terbaik untuk rumahtangga....moga2 suami ditetapkan iman menangkis godaan daripada betina-betina yang laparkan harta,wang ringgit dan kesenangan orang.
Wanita,lelaki dan perkahwinan......bagaikan suatu ikatan yang sukar untuk ditafsirkan.Bahkan ada jugaisteri-isteri yang curangi suami mereka. Banyak yang berlaku ketika ini....suami keluar ikut pintu depan..isteri keluar ikut pintu belakang. memang sukar untuk menjadi isteri solehah kerana syurga bukan sesenang dan semudah ucapan menyebutnya. Namun kita wanita mesti ingat itu bahawa....betapa pun suami kita itu serba kekurangan dia tetap suami kita dan sewajarnya kita taat...dalam erti kata yang betul-betul taat.
Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula dua orang manusia yang berlainan jantina,citarasa,iklim persekitaran dan cara dibesarkan keluarga masing-masing. Selagi terdaya kita selamatkan perkahwinan kita tetapi jika kita rasa ia sudah sampai ke nokhtah terakhir...nokhtahkan saja.Sesungguhnya musuh wanita dalam perkahwinan ialah wanita juga....Kepada para suami....kasihanilah isteri kalian. Jika kita mendapat yang terbaik bersyukurlah.....pun begitu masih ada suami yang baik....menjaga isteri yang sakit,bertanggungjawab dan penyayang.....kadang2 kekayaan itu ujian Allah untuk kita.Apabila kita kaya baru kita dapat menilai diri kita berada di tahap mana...
Apa pun yang terjadi...wanita,lelaki dan perkahwinan adalah suatu kehidupan yang pasti.Sama2lah kita memupuk dan membajainya dengan cinta yang hangat sepanjang masa...segala kesilapan dan kekhilafan yang pernah terjadi anggapkan saja asam garam kehidupan berumahtangga.....