Wednesday, January 13, 2010

Pelik Tapi Benar.....

Salam tahun baru....maaflah baru dapat update teratak saya ni...atas permintaan peminat-peminat(hehe)saya akan menitipkan sebuah kisah berbingkai...mungkin pelik tetapi benar.Bahkan ia dialami oleh saya sendiri.
Dalam TV akhir2 ini sering menayangkan cerita-cerita seram....tetapi kisah saya ini tidaklah seram sangat cuma suspen sikit,pelik,dan sukar dipercayai oleh logik akal.
Sebenarnya ada tiga segmen iaitu tika anak dara,baru kawin dan sesudah mendapat cahaya mata. Kisah pertama,tika berusia 19 tahun,di tingkatan enam atas,di suatu senja..tiba-tiba saya berasa sakit dan bisa mencucuk-cucuk sendi-sendi anggota. Saya menjerit-jerit seperti terkena histeria dan rasa tidak mampu untuk berjalan. Arwah Baba(ayah)membawa saya ke hospital. Malangnya doktor sukar menerima dan memaksa saya berjalan. Baba cukup marah dan saya dibawa pulang....ia berlarutan agak lama juga...Tanpa pengetahuan saya Baba dan sepupunya berjumpa dengan seorang pengamal tradisional. Menurut kata bomoh tersebut saya sebenarnya 'disudi' oleh seseorang untuk menguji keampuhan ilmu yang dituntutnya. Dalam kata yang paling mudah..dia nak test power ilmunya. Bomoh tersebut membekalkan saya limau nipis yang sudah dijampi dan mesti menggunakannya ketika mandi selama 40 hari. Saya ikut sajalah. Hari ketiga saya mandi...di suatu sore..tiba-tiba muncul seorang jejaka tampan tidak jauh dari tempat saya mandi.Saya terkejut bagai nak putus jantung. Dia lengkap memakai baju seperti pahlawan purbakala...bertengkolok dan sebilah keris tersisip di pinggangnya. Saya masih ingat baju yang dipakainya berwarna merah hati songket bertenun emas. Sambil berpeluk tubuh dia memandang saya sambil tersenyum. Orangnya kacak..dan berkumis nipis..rambut lurus ...aduhhh ganteng banget..Pandangannya tiba-tiba bertukar sayu dan terus hilang begitu sahaja. Anehnya..sejak saat itu penyakit saya pulih seperti sediakala.

Kisah kedua...seminggu selepas saya diijabkabulkan...iaitu pada tanggal 26 Disember 1985...suami saya tiba-tiba diserang gatal-gatal. Mula-mula bintik-bintik merah tu tumbuh di kaki kemudian beransur tumbuh di seluruh badan...katanya dia rasa panas dan terasa nak demam. Apa yang menyedihkan...saya terpaksa meninggalkan suami bersama familynya kerana saya ditempatkan mengajar di Wilayah Persekutuan. Saya bertolak ke Kuala Lumpur pada 4 Januari 1986 kerana pada 6 januari saya perlu melaporkan diri ke sekolah baru. Di Kuala Lumpur saya tinggal bersama rakan-rakan di sebuah Flat di Taman Sri Limpah,Lorong Jugra kerana saya bertugas di Sek.Men.Seri Sentosa Jln Kuchai Lama. Tiga minggu kemudian saya kembali ke Terengganu. Alangkah sedihnya hati saya melihat penyakit suami semakin bertambah teruk...Mula-mula ia tumbuh binti-bintik merah,kemudian menjadi gelembung berair,kemudian bernanah dan pecah....bayangkanlah betapa hebatnya ujian yang saya tempuhi di awal perkahwinan yang sepatutnya penuh keseronokan. Setiap 2 minggu saya balik ke kampung...pernah suatu ketika...arwah bapa mentua yang menunggu di perhentian bas. Bila sampai di rumah..tika memasuki kamar...bau yang amat meloyakan...suami saya berselubung dengan selimut. Saya tahu dia rasa malu dan rendah diri...namun,saya tetap memeluknya penuh kasih sayang. Dia pernah meminta sayameninggalkannya. Setelah puas berubat moden dan tradisional dengan kuasa Allah kami dipertemukan dengan seorang pakcik. Pelik cara pengubatannya tetapi dengan izin Allah suami saya sembuh seolah-olah tidak pernah mengalami penyakit kulit. Suami saya dimandikan dengan air tahi besi yang bercampur dengan ramuan tertentu. Kami tidak dibenarkan memasuki rumah melalui pintu depan selama sehari. Entahlah...kata arwah pakcik tu saya atau suami ada yang sakit hati dengan perkahwinan kami berdua. Hampir setahun juga suami saya menanggung sengsara....yang lebih sengsara apabila setiap pagi saya terpaksa membuang kuping-kuping yang luruh di katil.Saya akui pernah saya termuntah. Tetapi saya ingat beginilah pengorbanan Siti Rahmah terhadap suaminya Nabi Ayub yang lebih dahsyat daripada suami saya.
Peristiwa ketiga tidak kurang peliknya...Waktu itu saya mempunyai pembantu rumah.Masa dulu mudah untuk mendapat pembantu orang tempatan.Pembantu rumah saya Anita,rajin dan mesra dengan jiran-jiran.Saya menganggapnya seperti adik sendiri. Dia bekerja di rumah saya pun kerana kasihan melihat arwah Shakira yang lumpuh.Suatu hari tu Anita dibawa jiran kami ke rumah kenalan mereka. Anita membawa bersama anak lelaki saya yang berusia Setahun lebih. Tika itu Shakira sudah pun meninggal dunia.Tiba-tiba malam tu kami mendapat panggilan meminta kami ke rumah kenalan jiran kerana Anita seolah-olah dirasuk. Saya dan suami pun pergi ke sana. Saya melihat sendiri bagaimana Anita yang lembut tiba-tiba berperawakan seperti lelaki dan bercakap perkara-perkara pelik. Lebih memeranjatkan apabila tiba-tiba dia bersilat dengan langkah yang langsung tidak sumbang.Seorang guru silat dipanggil.Saya mendengar komunikasi mereka berdua penuh takjub.Saya melihat sendiri guruitu bersilat dengan Anita dan akhirnya dapat menewaskan Anita dan menyuruhnya pulang ke tempat asal. Sebaik sedar..Anita terpinga-pinga. Ucapan pertama yang diluahkan "Faris dah makan ke belum"?Faris ialah anak kami.Terharu rasa hati saya.Dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai pengasuh anak kami.Anita hairan kenapa saya dan suami berada di situ.......
Pelik.....tetapi itulah sekelumit pengalaman yang saya alami sendiri...sama-amalah kita memikirkannya...Sesunguhnya segala sesuatu dan isi alam adalah kepunyaan Allah Yang Maha Esa.